16 Mac 2011

dapat kan trafic menggunakan stlye MLM!!! Letupan 6,103,515,625 Backlinks!

Tips Letupan 6,103,515,625 Backlinks!

Assalamualaikum wbt,

Sedang asyik berjalan blog (blog walking), nampak satu artikel menarik pasal nak jana backlink guna teknik MLM. Huh, nice one! Thanks to Blog Tn. Punya atas teknik ni. Cedok dari entri asal beliau supaya tiada perubahan atas step yg ditunjukkan.

Langkah Letupan 6,103,515,625 Backlink!

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. ~ApekpunyaBlog~

2. My Big Family & Friends

3. ABCMILO

4. matdin (orang paling terkenal hehe…)

5. MSR @Blogger

6. tengku nizam

7. mizz shizu

8. Me & Myself V3

9. Blog Hanz

10. myvitrd

11. Lakaran Kehidupan

 12 Geng Blogger

13. Ceritaku Di Mana-Mana Saja...

  14. Laman ICT Untuk Semua

15. Dekotaman Idaman Hati


PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625 !!!!! :galit:

So, amacam? Nak cuba teknik ni?

MLM punya care memang best!!!!!!

p/s: try this... :D
Continue Reading...

12 Mac 2011

Buluh beri nilai estetika

BULUH antara tanaman yang sesuai dijadikan pokok pagaran selain mencipta kelainan dan dikatakan kalis bunyi.

Ia pilihan terbaik berbanding membina pagar menggunakan batang buluh.

Pilihan pokok buluh lebih sesuai kerana bukan berperanan sebagai pagar semata-mata tetapi menyerikan taman di kediaman anda.

Malah, tanaman itu antara yang mudah hidup tanpa memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa.

Sesuai dengan sifatnya yang boleh membesar hingga 2.43 meter, buluh juga menjadi antara tanaman pagar yang dapat menghalang pemandangan luar.

Ini memberikan privasi dan keselesaan kepada anda di taman itu.


Tanaman itu turut menghalang angin dan bunyi desiran angin di celahan pokok buluh mendamaikan hingga membangkitkan nilai estetika di taman.

Dua jenis buluh sesuai dijadikan pokok pagaran. Jenis pertama ialah buluh menjalar dan rizom atau akar tanaman ini, menjalar beberapa inci di bawah tanah secara horizontal (mendatar). Biasanya ketika membesar, ia menjalar di kawasan sekitarnya dan lebih mudah membesar serta menjadi tanaman pagaran.

Jenis kedua, buluh jenis ini tumbuh serumpun kerana ubi akarnya lebih bulat dan tidak menjalar. Ia sukar membiak dengan cepat kerana tumbuh berdasarkan ubi akarnya.

Bagaimanapun, buluh jenis ini lebih mudah untuk diuruskan tumbesarannya dan perlukan cahaya matahari yang dapat menggalakkan pertumbuhannya.

Pertumbuhannya lebih perlahan iaitu hanya meningkat dua hingga tiga kali saiz asal setahun dan menyebabkan jangka waktu lebih lama diambil untuk dijadikan pagar kediaman.

Menariknya, pokok buluh banyak dijadikan pokok pilihan bagi laman berkonsep tropika dan zen atau Cina.

Terkini, seni hiasan taman menampilkan ciri tradisional dengan sentuhan kontemporari.

Buluh sering menjadi pilihan di taman kerana ia hiasan yang tidak lapuk ditelan zaman dan boleh disesuaikan dengan pelbagai konsep penataan.

Sebelum menanam bulu sebagai pagar kediaman, kenal pasti kawasan pilihan yang sesuai.

Bagi memastikan buluh yang ditanam hidup dan cepat membesar, wujudkan parit kecil 30 sentimeter untuk sistem pengairan.

Kekalkan rutin penjagaannya termasuk siraman dua kali sehari supaya pokok tidak cepat kering.

Terdapat kira-kira 100 jenis buluh dengan pelbagai warna, bentuk dan tekstur yang tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika.

Di kawasan tropika, daunnya lebih lebat berwarna hijau dengan batangnya boleh hidup memanjang hingga lebih 30 meter dan dikenali tumbuhan tropika paling panjang.

(sumber: Harian Metro, 12/03/2011)
Continue Reading...

Bagai terapi semula jadi

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my

SELESA...ruang tamu pertama berlatarkan dekorasi sempurna.
SELESA...ruang tamu pertama berlatarkan dekorasi sempurna. 
PENATAAN sempurna di segenap ruang kediaman menggambarkan cita rasa dan sentuhan kreatif pemiliknya.

Suasana segar dan sedap mata memandang pastinya mencuri perhatian saban waktu bagaikan terapi semula jadi.

Ilham penuh seni itu turut dizahirkan Jurifah Kadis, 43, pada kediamannya di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.
 
Hakikatnya ia kediaman tradisional yang direalisasikan sebagai teratak indah dengan teknik pengubahsuaian berbeza.
 
Tanpa mengubah reka bentuk asal, binaan ruang utama tambahan dilakukan menerusi perancangan teliti hingga tampil sempurna dan eksklusif.

“Ia adalah teratak istimewa dan memberikan sejuta makna kerana antara khazanah warisan peninggalan orang tua,” katanya.

Ilham pengubahsuaian untuk ruang tambahan ini hasil perkongsian idea Jurifah sekeluarga khususnya suami tercinta Ibrahim Shahbudin, 50.

“Sekurang-kurangnya suasana dan reka bentuk asal kediaman ini tidak diubah suai kerana ia antara khazanah paling berharga sejak turun temurun.

“Malah, kediaman ini sering menjadi lokasi utama berkumpulnya saudara-mara terutama musim cuti sekolah,” kata pengusaha Bahulu Classiq itu.

Memperincikan keunikan itu pada ruang utama tambahan yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Gaya penataan ala Inggeris menjadi pilihan dengan kombinasi menarik antara perabot dan aksesori hiasan di setiap ruang.

Sebaik kaki melangkah ke ruang tambahan itu, mata terpukau dengan reka letak menarik apabila dua ruang tamu diwujudkan bagi memberikan keselesaan sepanjang masa.

Ruang tamu pertama dilengkapi kemasan perabot rona ala coklat dengan susunan kerusi tetamu yang menarik lagi ringkas.

Sementara ruang tamu kedua cukup indah kerana mencipta suasana damai tersendiri dengan idea tata hias yang benar-benar memukau pandangan.

Meninjau seketika keunikan itu, ternyata set kerusi sedondon dengan ruang tamu kedua memperlihatkan kesinambungan ruang yang mempunyai fungsi sama.

Apatah lagi kemasan langsir fabrik corak bunga-bungaan itu lebih menyerlahkan kelainan sebaik tingkapnya dibuka hingga pandangan desa di luar sana dapat dilihat sepenuhnya.

Latar dinding yang menggunakan material batu-batuan ala semula jadi sekali lagi mencetuskan suasana yang diinginkan Juriah dan keluarga.

Aksesori hiasan seperti jambangan ala Inggeris menambahkan lagi kesegaran dan keindahan semula jadi di ruang berkenaan.

Tidak ketinggalan ruang makan tetap mempunyai tarikan dengan pilihan dan kedudukan sesuai perabot dan aksesori hiasannya.

Di tambah dengan latar dinding dan bunga hiasan ala semula jadi membuatkan lahirnya visual pandangan berbeza.

Aspek penataan cahaya terang dan harmoni di ruang berkenaan menonjolkan idea tata hias seimbang selari fungsinya.

Di satu sudut khas deretan cenderahati dan anugerah menarik perhatian selain mengilhamkan gaya penataan luar biasa.

Seterusnya bersebelahan ruang tamu pertama dan kedua, rona putih ala Inggeris disapukan bagi mengimbangi penataan biar pun ia sebenarnya dinding luar kediaman asal.

Tangga menuju kediaman asal turut diwarnakan rona sama dengan beberapa pokok hiasan menjalar menyerikan tata hias.

Bahagian yang dulunya bawah tangga kini didekoratifkan menjadi sudut santai paling digemari terutama kanak-kanak.

Latar suasana diceriakan dengan kehadiran set kerusi selasa dan beberapa aksesori hiasan yang unik.

“Ruang berkenaan berubah wajah dan boleh dimanfaatkan sepanjang waktu seperti bersantai atau berehat seketika,” kata Jurifah.

Namun, kelainan penataan ala Inggeris kediaman Jurifah tidak terhenti di situ
kerana sebaik dipelawa menjenguk ruang kediaman asal, penulis terpaku.

Keindahan penataan di segenap penjuru menzahirkan suasana mewah lagi eksklusif sepanjang masa.

“Inspirasi tata hias di segenap penjuru kediaman asal ini menampilkan suasana selesa dan eksklusif tetapi masih menghargai keunikan elemen tradisional,” katanya.

Nilai tradisional pada struktur binaan kayu jelas kelihatan termasuk garapan kerja tangan kreatif pada pintu dan tingkap.

Tidak mustahil kediaman asal itu bakal menerima kunjungan lebih ramai tetamu kerana bakal dikenali Ochard Homestay, bulan depan.

(sumber: Harian Metro,  12/03/2011)
Continue Reading...

05 Mac 2011

Rahsia ruang makan, tamu menarik

RUANG tamu dan ruang makan tempat paling penting yang menjadi tumpuan sanak-saudara dan tetamu setiap kali bertandang ke rumah.

Luangkan sedikit masa mengemas ruang berkenaan supaya tetamu puas dan selesa.
Bagi lebih menjimatkan, anda boleh menghias sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.


Ikuti panduan mudah dan murah, tetapi berkesan mewujudkan suasana idaman.






1) Dinding




Dinding dicat warna kuning terang untuk menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan.


Warna gelap mampu menjadikan ruang sejuk sementara rona lembut berupaya mencerahkan dan mewujud�kan suasana lebih luas.


Bagi menonjolkan kelainan, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan.


Serikan dinding dengan ambal, gantungan kain beralun atau bingkai gambar dan cermin.


2)Meja makan


Bagi meja makan tidak perlu beli baru, hanya tukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna.


Alas fabrik seperti organza atau sheer bersulam amat menarik sekali gus merubah wajah ruang.


Permukaan meja boleh dicat baru, lebih menarik jika dihias gambar keluarga, pemandangan dan daun kering, kemudian lapik sekali lagi dengan kaca sama ukuran permukaan meja.


Susun buah-buahan dalam mangkuk hiasan untuk menaikkan seri meja.


3)Pencahayaan


Tidak semestinya menggunakan candelier di ruang makan.


Cukup sekadar lampu gantung atau beli terendak pelbagai warna yang ada
di pasaran untuk menyarung mentol lampu.


Pasang lilin atas meja untuk suasana lebih redup dan romantik.


4)Lantai


Jika bosan dengan kemasan lantai jubin, tukar kepada panel kayu atau berlamina kayu.


lebih murah jika tanggalkan beberapa jubin sedia ada dan gantikan dengan jubin berwarna ataupun hanya tukar permaidani lama kepada baru.


5)Siling


Jika membersihkan kipas dan lampu, jangan lupa membersihkan sekali siling.


Suasana persekitaran bilik pasti berubah jika dipasang siling lepa, birai emas atau alang kayu.


Teknik mengecat juga membantu menonjolkan kelainan siling di ruang berkenaan.


6)Elemen tambahan


Jika mempunyai kerusi kayu, cat dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan riben mengikut warna persekitaran.


Perhiasan yang murah sudah mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan.


Bagi gubahan bunga, tidak perlu mengupah pakar.


Bunga segar lebih cantik dan menarik.


Beli beberapa kuntum bunga segar, letakkan dalam bekas kaca telus atau sebarang bekas bersesuaian.


Bunga atas meja makan tidak perlu terlalu tinggi tetapi pastikan ia memanjang.


Pokok segar boleh diletakkan di penjuru dinding ruang tamu atau ruang makan.


Jika ruang bertingkap, hiasi tingkap dengan langsir nipis atau pasang bidai yang mudah ditarik dan digulung.


Ruang makan yang besar boleh juga dilengkapi set sofa fabrik.


Tidak perlu beli baru sebaliknya guna cadar atau alas meja kopi bercorak geometri untuk membalut sofa.


Tarik bahagian hujung sofa dan ikat dengan reben. Atas sofa letak kusyen kecil.

(sumber: harian Metro, 05/03/2011)
Continue Reading...

Sawah padi restoran buluh

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN



GERBANG utama yang menyambut tetamu juga diperbuat daripada buluh.


BAYU senja bertiup lembut ke pipi tatkala krew Jurnal tiba di lokasi restoran yang terletak di sisi Jalan Hulu Kelang-Ampang ini.

Disapa manis oleh pelayan yang berkemeja dan bertopi koboi membuatkan kami terasa bagai tidak berada di bumi Malaysia.

Sedang asyik menyusuri laluan pejalan kaki dari pintu utama ke ruang makan, mata tidak kalis memandang bumbung rumbia yang dilapis anyaman buluh, tiang-tiang buluh berwarna kuning keemasan dan lantai beralaskan tikar buluh.

Keunikan buluh inilah yang ditonjolkan dalam setiap dekorasi restoran yang diberi jolokan Istana Bambu ini selain keenakan hidangannya.

Saat menunggu Pengurus Pemasaran Korporat restoran ini, Nurul Anis Mokmin, segelas minuman berjus dalam gelas kaca unik singgah ke meja kami.

Tidak lama, gadis kecil molek yang murah senyuman datang menyapa. Selain petah berbicara, Anis yang berusia 24 tahun juga gemar bergurau.

Menceritakan tarikan utama di Istana Bambu, Anis mengulas elemen buluh yang diserap daripada konsep dekorasi rumah dan premis di Bandung, Indonesia mencetus inspirasi.

RUANG makan utama yang boleh memuatkan lebih 170 pelanggan pada satu-satu masa.


Bendang

“Elemen tradisional menjadi tema asas restoran ini selain disuntik dengan beberapa ornamen kontemporari untuk memberikan sedikit nafas moden,” ujarnya yang sering menguruskan pelbagai acara mega di restoran yang dipagari pepohon dan tanah tinggi ini.

Buluh dipilih kerana keunikan sifatnya yang mampu menyerap haba sama ada ketika bahang mentari tegak di kepala mahupun semasa kedinginan malam menyelimuti tubuh.

“Kami tidak terlalu bergantung kepada kipas atau penyaman udara kerana buluh itu sendiri berupaya menyejukkan premis ketika panas dan menghangatkan ruang terutama waktu malam,” getusnya.

Uniknya, sawah padi melatari hampir 70 peratus daripada landskap restoran.

Malah, di satu sudut berdekatan dengan surau yang mampu memuatkan lebih 20 orang jemaah, pokok padinya masih muda dan menghijau.

Restoran buluh ini menerapkan ciri-ciri tradisional sebagai motif utama setiap dekorasi termasuk pencahayaan yang mengguna pakai peralatan menangkap ikan seperti bubu.

Dinding terbuka yang menjadi pemisah ruang juga dianyam dengan corak buluh.

Langsir rona putih yang digantung di setiap sudut dan tiang utama restoran mencampurkan secalit unsur dramatik dan romantis.

Perabot yang menggunakan unsur buluh sebagai asasnya dihasilkan oleh kerja tangan anak watan.

“Daripada meja makan hingga kerusi semuanya adalah hasil sentuhan tangan orang Malaysia yang kreatif mengolah buluh dengan teknik tersendiri,” singkapnya bercerita mengenai restoran di bawah kendalian syarikat Ofisgate Sdn. Bhd. ini yang kos pembinaannya mencecah RM500,000.

UMPAMA kembali ke kampung halaman, tanah bendang menjadi daya penarik restoran Istana Bambu.


Hidangan

Selain ruang makan utama yang mampu memuatkan lebih 170 pelanggan, binaan gazebo di sekeliling restoran juga menjadi tarikan.

“Tiga jenis gazebo bersila disediakan. Gazebo paling kecil muat untuk empat orang, sederhana pula boleh diisi 10 orang manakala yang paling besar mampu menampung 40 pelanggan,” ujar Anis lagi.

Selain ruang makan, galeri khas juga tersenarai sebagai pilihan pelanggan yang gemarkan konsep makan yang santai namun privasi.

Bagi majlis korporat yang perlukan ruang bermesyuarat pula, bilik mesyuarat melengkapi hasrat.

Lokasi yang padat ketika bulan Ramadan memaksa pihak pengurusan menambah ruang makan di sudut kanan bersebelahan dapur utama yang berupaya memuatkan 100 pelanggan.

Tidak lengkap kiranya sambil mulut mengunyah juadah lazat yang terhidang di depan mata jika telinga tidak memperoleh halwanya.

“Maka, muzik latar pelbagai genre juga mengisi setiap ceruk Istana Bambu bermula daripada masa ia dibuka hingga ditutup pada larut malam,” tambah Anis.



LALUAN masuk ke ruang utama restoran menggunakan elemen buluh daripada atap hingga ke lantai.



Dalam usia yang tidak sampai setahun selepas dibuka secara rasmi pada 6 Mei 2010, Anis mengakui pelbagai acara menarik berlangsung di Istana Bambu.

“Kami menyediakan lokasi untuk pelbagai acara seperti sidang media, majlis berbuka puasa, sambutan hari jadi malah resepsi perkahwinan,” katanya.

Pada mulanya restoran yang mudah diakses ini menjadikan masakan Thailand dan Cina sebagai menu utama, namun selepas mendapat sambutan pelanggan, pihaknya mula menambah sajian baru.

“Kini, kami menyediakan hidangan tempatan Melayu dan Barat.

“Apa yang menarik, restoran ini menyediakan juadah yang semuanya halal,” katanya yang turut menggunakan khidmat tukang masak terlatih dari Australia.

Restoran yang mampu memuatkan lebih 300 pelanggan pada satu-satu masa ini turut menerima kunjungan daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja.

(sumber: Kosmo!, 05/03/2011)
Continue Reading...

01 Mac 2011

Suasana nyaman sepanjang masa

Oleh Hartini Mohd Nawi

tini@hmetro.com.my
ALA DESA...elemen hiasan landskap lembut dan kejur dipadankan.
ALA DESA...elemen hiasan landskap lembut dan kejur dipadankan.

MENCIPTA keindahan di taman bergantung kepada kreativiti pemiliknya dalam memberikan sentuhan berbeza hingga mencetuskan inspirasi tersendiri.

Tanpa perlu terikut-ikut idea penataan di kediaman orang lain, ketenangan dapat dizahirkan jika ada kesungguhan dan ingin menampilkan suasana memukau pandangan.

Percaya kepada kreativiti yang dimiliki, Daud Md Said, 36, dan keluarga selesa dalam suasana taman mendamaikan itu.

Taman itu mempunyai daya tarikan tersendiri biarpun terbina atas dasar kreativiti tanpa tema penataan khusus.

"Hasrat sebenar saya adalah mewujudkan suasana semula jadi ala desa kerana hasil kreativiti sendiri boleh menzahirkan terapi terbaik untuk dimanfaatkan seisi keluarga.

"Taman yang kita wujudkan dengan idea sendiri memberikan kepuasan dan kos yang sederhana," katanya.

Baginya tiada istilah penat dan berputus asa sebaik berpeluang mengindahkan taman saban waktu selain memberikan kepuasan.

"Setiap kali berada di taman untuk pengubahsuaian dan menambahkan serinya, saya seolah-olah lupa dunia luar kerana terlalu seronok 'bermain' dengan persekitaran ciptaan sendiri.

"Pernah saya mengecat sudut taman ketika hujan renyai-renyai dan biar pun kerja itu mencabar, saya puas dan berbangga dengan hasil kreativiti sendiri," kata anak kelahiran Melaka itu.

Daud juga berbangga kerana hasil kreativitinya selama ini sentiasa mendapat sokongan moral isteri tercinta, Norashikin Mahat, 36.

Malah, Norashikin turut berganding bahu memberikan sentuhan menarik pada taman kediamannya itu khususnya corak ala semula jadi pada binaan pagar.

"Saya amat kagum dengan kesungguhan dan kreativiti yang dimiliki suami apatah lagi tidak pernah kenal erti jemu dalam mengindahkan persekitaran taman.

"Lantaran itu, saya banyak berkongsi idea dengan supaya suasana kekal menarik dan melambangkan kebahagiaan serta keharmonian kami sekeluarga," katanya.

Latar taman unik di kediaman di Bandar Bukit Raja, Klang itu bagaikan perlambangan landskap semula jadi kerana setiap elemen hiasan dan tumbuhan mengungkapkan simbolik tersendiri.

Bermula dengan binaan kolam air berpancuran di sebelah pintu masuk dengan binaan wakaf yang menampilkan elemen hiasan menarik selain tangga ala kediaman Melaka.

Binaan pergola yang diserikan dengan tanaman anggur di hadapan pintu masuk ternyata mewujudkan suasana redup dan nyaman sepanjang masa.

Penataan di sekitar pintu masuk kediaman turut memukau dengan elemen hiasan landskap lembut dan kejur disatukan.

Lantai jubin biasa dan dekoratif digabungkan serta menyerlah dengan reka letak tanaman dalam pasu yang mudah dijaga.

Seterusnya penataan lengkap dengan laluan pejalan kaki dan tanaman rumput menghijau memberikan lebih keselesaan sebaik bersantai di mana-mana sudut taman sekali pun.

Binaan pintu taman ala Bali yang diletakkan sebagai pelengkap pagar, membuatkan suasana tampil unik dan lebih semula jadi persekitarannya.

Pilihan beberapa set meja dan kerusi santai menarik dan praktikal diketengahkan kerana aspek keselamatan turut diambil kira supaya tidak menyusahkan kanak-kanak bermain dan warga emas bersantai.

"Tiada yang lebih membanggakan selain melihat anak bermain dalam suasana selesa tanpa terhad ruang pergerakannya.

"Apatah lagi taman ini sering menjadi tempat sanak- saudara berkumpul sambil menikmati barbeku khususnya hujung minggu," katanya.

Di beberapa sudut khas, kelihatan deretan binaan pondok unik yang sebenarnya menempatkan haiwan peliharaan seperti ayam dan burung.

Saban waktu bunyi kokokan ayam dan kicauan burung menzahirkan suasana semula jadi bagaikan berada di sebuah desa penuh ketenangan.

Menyingkap rahsia dan petua penjagaan taman, katanya ia memerlukan kesungguhan, kerajinan dan keprihatinan sepanjang masa.

"Jika ada masa terluang saya berada di taman untuk kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian supaya suasana sentiasa segar dan menarik," katanya.

(sumber: harian Metro,  26/02/2011)
Continue Reading...

22 Februari 2011

Eksperimen redup Nazri


PADUAN warna cerah pada hiasan bunga dan set sofa mengharmonikan sudut ini.


CAHAYA kuning yang tersebar hasil refleksi dua lampu gantung dengan rekaan klasik seolah-olah mendominasi penataan cahaya di ruang tamu kediaman ini.

Dengan soroton sinar yang sengaja disamarkan, pemilik lebih gemar mempelbagaikan sumber pencahayaan dengan memilih terendak lampu dan nyalaan lilin yang diadun dengan wangian terapeutik sebagai tunjang untuk mencipta kesan santai dan tenang.

Lantaran keinginan untuk sentiasa meresapi cahaya kuning tersebut, pemilik kediaman, Nazri Arshad, sanggup mengecat semula dinding utama dengan warna yang lebih gelap untuk membangkitkan pencahayaan maksimum.

"Biasan cahaya lampu dan lilin lebih cantik dan eksklusif jika ia hadir di kawasan yang gelap," ujarnya yang bertugas di sebuah bank komersial di Petaling Jaya, Selangor.

Bijak memanfaatkan ruang kecil, Nazri lebih gemar meletakkan set sofa yang dilengkapi meja kopi di bahagian utama kediaman tiga bilik ini.

Susun atur perabot diharmonikan dengan sebuah almari tinggi berisi barang hiasan serta koleksi pinggan mangkuk di sebelah kanan manakala sebuah pasu tinggi berisi buluh diletakkan di sudut tepi sebelah kiri.

DALAM menghias kediaman, penampilan ruang dapur turut dititikberatkan.


Tiga kali cat

Memegang prinsip pencahayaan bukan sahaja penting untuk menghadirkan kesan terang, Nazri juga percaya pencahayaan adalah elemen hiasan dalaman yang dapat menzahirkan suasana atau mood sesuatu kediaman.

Tidak hairanlah, dalam tempoh tujuh tahun, anak kelahiran Taiping, Perak, ini sudah tiga kali menukar cat rumah.

Daripada rona krim lembut ke merah garang, kini cita rasa Nazri bertukar kepada warna gelap mocha.

"Eksperimen warna ini bukan sahaja mengubah suasana rumah, tetapi mood penghuni. Warnanya yang gelap menuntut kita untuk memasang lampu.

"Limpahan cahaya samar yang menerangi ruang ini seakan-akan memberi peluang untuk saya berehat," katanya yang tinggal bersama seorang teman.

Kata-kata Nazri itu ada benarnya. Bukaan luas pintu gelangsar yang membenarkan kemasukan angin tanpa had menjadikan pengaliran udara seimbang hampir di seluruh bahagian rumah yang terbuka.

Tidak meletakkan tema tertentu dalam menghias rumah, kegemarannya mengumpul koleksi barangan lama terutama set pinggan mangkuk, sudu garpu dan set teko secara tidak langsung menggabungkan elemen kontemporari dan klasik di kediaman ini.

Pecah dinding

Turut aktif menjalankan khidmat perunding perkahwinan sebagai kerja hujung minggu, Nazri memanfaatkan hiasan kelengkapan pelamin dengan meletakkannya di sudut tertentu bagi mengelak ruang menjadi terlalu polos.

"Daripada disimpan di dalam stor, saya lebih suka jika ia dijadikan hiasan di ruang tamu," katanya yang memperuntukkan masa hujung minggu ataupun waktu malam untuk mengemas dan membersihkan rumah.

Kehadiran tampalan kertas dinding berpelekat dengan motif bunga yang menghiasi dinding dan siling bukan sahaja dijadikan dekorasi pemisah antara dua bilik tidur.

Nuansa redup tidak hanya dipraktikkan di ruang tamu, bilik tidur utama turut diberi sentuhan serupa.

Dengan dinding bercat gelap dan lekapan kertas dinding berpelekat berwarna perak dijadikan titik fokal di ruang ini.

Ringkas dengan kehadiran sebuah katil kelamin yang tiangnya dihiasi jalaran renda putih, sebuah almari baju, kabinet dan set televisyen turut mendiami bilik ini.


BILIK tidur utama dengan tema redup sesuai untuk merehatkan tubuh.


Sebuah bangku panjang dengan corak Inggeris juga diletakkan di hujung kaki katil untuk mengelak bilik kelihatan kaku dan kosong.

Bagi rakan serumah pula, rona biru terang dijadikan pilihan warna latar bilik bujang. Hamparan karpet dan tilam pelapik ala Thai pula diletak melintang di sisi katil bagi memberi keselesaan kepada penghuni yang memilih untuk berehat sambil menonton televisyen di lantai.

Meninjau ruang dapur yang dipisahkan dengan tabir jarang rona merah hati, terdapat satu set meja makan bulat ala kopitiam diletakkan berhampiran dapur dan kabinet.

Dinding konkrit yang awalnya dijadikan pemisah antara dapur dan ruang dobi dipecahkan dan diganti dengan pintu gelangsar yang disifatkan lebih mesra.

"Pintu ini membuatkan ruang dapur lebih luas dan terang. Pengudaraan juga lebih baik," katanya yang memang suka memasak.

(sumber: Kosmo!, 19/02/2011)
Continue Reading...

Menghidupkan taman idaman

Teks Azlan Hafeedz
rencana@hmetro.com.my
 
RAMAI peminat dekorasi berlumba-lumba mengindahkan taman ‘impian’ di laman masing-masing termasuk berbelanja besar selepas mereka tertarik melihat rimbunan hijau daun pelbagai tekstur, warna serta corak.

Namun, ia bukan perkara utama dalam penentuan keindahan taman idaman, tetapi lebih penting titik fokus iaitu jenis, cara dan teknik penyusunan tanaman hiasan.


Saiz bukan ukuran mutlak yang menjanjikan kehebatan sesebuah taman tetapi sejauh mana taman itu memenuhi keperluan fungsi dan cita rasa pemiliknya.

Justeru, bagi menambah kedamaian sebuah taman, pilih spesies palma, renek, gantung dan menjalar termasuk paku pakis, selain pokok berbunga, sebagai penyeri.


Selain senang dijaga, tanaman hiasan itu mudah diperoleh.

Pokok renek berdaun aneka warna seperti puding mas, puding perak dan Croton atau nama saintifiknya, Codiaeum variegatum’ mudah ditanam serta tidak cerewet, sesuai untuk menghiasi laluan pejalan kaki atau tepian pagar.

Pokok renek berbunga seperti jejarum, bunga raya (hibiscus rosa sinensis) dan Ixora King yang berbentuk bulat dengan tekstur sederhana padat, daun hijau berkilat serta bunga berwarna merah termasuk merah muda turut dijadikan pilihan menghiasi pokok pagaran dan adangan.

Selain itu, pokok keladi terkenal di kalangan peminat landskap kerana mempunyai ratusan spesis walaupun tanaman terbabit ada yang beracun.

Antaranya, keladi Anthurium spp yang berbunga sepanjang tahun dengan permukaan daun dan bunga yang berkilat, tahan sehingga dua minggu, boleh tumbuh di bawah separa atau teduhan penuh selain membiak secara belahan rumpun.

Pokok Akalifa, pokok ati-ati dan pokok ekor kucing (Acalypha hispida) yang memiliki ketinggian dua hingga tiga meter adalah pokok renek penuh berkhasiat serta mudah ditanam.

Tarikan warna merah terang pada daunnya kecuali ekor kucing menyerlahkan lagi keanggunan pokok hiasan itu.

Bagaimana pun, pokok hiasan bersaiz tiga hingga lima meter seperti kemboja (Plumeria Rubra L) daripada famili Apocynaceae dan pokok Helicornia rostrata sesuai sebagai ‘peredup’ kepada pokok renek lain.

Paling menarik, walaupun tinggi, pokok hiasan terbabit mampu mengeluarkan kuntuman bunga pelbagai warna termasuk memiliki daya tarikan daun berwarna-warni.

Jika anda kreatif, pokok menjalar dan gantung boleh digabung pada satu tempat seperti di pergola untuk ‘menghidupkan’ lagi suasana kediaman.

Justeru, pemilihan tepat jenis tanaman hiasan dalam memperindahkan lagi landskap adalah dianggap dominasi utama keceriaan sesebuah taman.

(sumber: Harian Metro, 19/02/2011)
Continue Reading...

Singkap zaman Rom kuno

Susunan Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
 
TEPATI CITARASA...bilik tidur berlatarkan konsep kontemporari Itali.
TEPATI CITARASA...bilik tidur berlatarkan konsep kontemporari Itali.

SEJARAH hiasan dalaman di Itali mempunyai keunikan tersendiri lebih dua ribu tahun lalu dengan penelitian rekaan menarik masyarakatnya.

Ternyata hiasan dalaman di negara berkenaan membuktikan tanda penghargaan masyarakatnya terhadap keindahan dalam meningkatkan keselesaan kehidupan.
 
Jubin yang menghiasi dinding penduduk Rom kuno masih dapat dilihat pada kesan runtuhan di Pompeii, Herculaneum dan Sicily hingga hari ini.

Namun, perkembangan dunia hiasan dalaman di Itali yang kini popular dengan konsep moden kurang dipengaruhi zaman berkenaan hingga kedatangan pembaharuan Itali pada abad ke-14.

Ketika zaman Rom kuno, kediaman banyak mencerminkan nilai-nilai dan budaya lazim masyarakatnya.

Kini aspek penataan hiasan dalaman di Itali banyak menekankan cita rasa dan fungsi yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Misalnya, kediaman di Itali kini menggabungkan ruangan simpanan yang besar, lantai tahan lasak dan peralatan moden supaya mudah diselenggara.

Pada abad pertengahan, bangsawan dan golongan kaya yang tinggal di istana menghias dinding dengan lukisan bercat, marmar dan jubin, perabot, porselin serta menggunakan peralatan makanan daripada kaca.

Sepanjang zaman pembaharuan, istana megah yang dibina turut memaparkan perabot dengan reka bentuk rumit, cermin bersepuh, permaidani oriental, kain baldu dan karya seni indah.

Menerusi kedatangan gerakan Art Deco pada 1900-an, masyarakat ketika itu menghias kediaman dengan fabrik, lampu dan perabot.

Bagaimanapun, bulat dan bujur paling popular selama tempoh Art Deco dan digunakan secara meluas sebagai gaya hiasan di kediaman.

Beberapa struktur yang lebih terkenal di Itali yang melambangkan munculnya rekaan dalaman selama zaman pembaharuan termasuk Galeri Uffizi, Palazzo Pitti dan Palazzo Vechio di Florence.

Istana Doges di Venice juga dicatatkan mempunyai hiasan dalaman mewah dengan karya seni tak ternilai harganya.

Antara pereka dalaman terkenal Itali ialah Fillippo Brunelleschi yang karyanya Basilica terkenal di San Lorenzo di Florence dan Pier Luigi Nervi seorang jurutera yang merancang ruangan dalaman Istana Tenaga Kerja di Turin, Itali.

Malah, Nervi juga bekerjasama dengan Marcel Breuer untuk reka bentuk markas Unesco di Paris, Perancis.

Sementara perabot awal Itali pula banyak menekankan pada ketelitian kerja-kerja penghasilannya dan mula digemari pemilik kediaman dan ada yang menyimpannya sebagai koleksi.

Sememangnya tradisi perabot Itali mempunyai sejarah panjang dan rumit bermula di zaman kuno Greek-Rom hingga zaman pembaharuan.

Selama abad ke-14, Itali menjadi negara Eropah pertama yang muncul dari zaman kegelapan dan berbalik kepada inspirasi dari Yunani Purba dan Rom.

Seni bina mula diberi perhatian hingga penghasilan perabot unik yang tidak kurang hebatnya selari dengan cita rasa masyarakat zaman itu.

Bahkan kedai-kedai perabot dikendalikan di bawah pengawasan pereka dalaman dan arkitek.

Sementara bangunan besar dan megah mula menjadikan perabot eksklusif dan bergaya sebagai perlambangan.

Zaman pembaharuan memperlihatkan perabot berkualiti mula diketengahkan dengan perincian ukiran termasuk daripada gading dan marmar.

Pembuat perabot mencipta pola-pola yang indah berasaskan batu dengan teliti berdasarkan warna pilihan.

Kayu tradisional dan semula jadi turut mendapat perhatian termasuk oak, berangan, cemara dan walnut.

Elemen baru dan bahan seperti besi, logam dan kulit diketengahkan untuk mencipta kesan visual yang menakjubkan.

Gaya popular yang lain termasuk kerusi lipat mudah alih yang diperbuat daripada kulit dan kerusi yang berdiri pada panel solid tanpa kaki.

(sumber: Harian Metro,  19/02/2011)
Continue Reading...